Friday, March 21, 2014

LOL - NAMA PASUKAN BOLASEPAK YANG PALING LMAO

Hahaha. hahaha......... hahaha............. hahaha. Ini memang nama pasukan yang bolasepak yang paling tidak komersil. Jangan fap atas padang bro!







View the original article here

Read more...

Sembilan Kehilangan Pesawat Paling Misterius Sepanjang Zaman

Walaupun jarang berlaku, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bukanlah peristiwa pertama kehilangan tanpa jejak bagi sebuah pesawat. Berikut ialah beberapa kes hehilangan dan bencana pesawat yang misteri. Beberapa kes tidak berjaya diselesaikan, walaupun setelah berdekad lamanya.


2014: Penerbangan Malaysia Airlines 370

Jet penumpang Boeing 777 penerbangan MH370 telah hilang awal pagi Sabtu, 7 Mac lepas, sejam setelah memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Tidak ada isyarat kecemasan yang dikeluarkan sebelum ia hilang di antara perairan Malaysia dan Vietnam. Pasukan mencari dari pelbagai negara sedang menjejak pesawat tersebut, tetapi buat masa ini, ia gagal dikesan. Misteri tentang nasib pesawat MH370 dan 239 orang di dalamnya mengejutkan pegawai kerajaaan dan pakar penerbangan.

Anggota krew kapal frigat Brazil, Constituicao menemui cebisan pesawat Air France 447 yang terbang di Atlantik pada Jun 2009. 

2009: Air France Penerbangan 447

Pesawat jenis Airbus A330 berlepas dari Rio De Janeiro ke Paris pada 31 Mei 2009. Beberapa jam kemudian, semasa menyeberangi lautan Atlantik dalam keadaan cuaca yang buruk, ia memberitahu pusat kawalan tentang kedudukan terkininya.

Itu ialah perhubungan terakhir pesawat itu dengan pusat kawalan. Posisi terakhirnya mengambil masa dua hingga empat jam untuk didekati dari pelabuhan terdekat, dan kedalaman laut tersebut menyukarkan proses pencarian.

Hampir dua tahun berlalu sehingga sebahagian besar bangkai pesawat ditemui, dan majoriti mayat serta rakaman suara dan data turut ditemui. Semua 228 orang dalam pesawat disahkan terbunuh.

Pada tahun 2012, pihak berkuasa Perancis mengumumkan bahawa kristal ais yang berfungsi menentukan kelajuan udara pesawat itu telah menyebabkan mod autopilot terputus. Pesawat itu kemudiannya terhempas ke dalam laut.

Rakaman dari kotak hitam mengisyaratkan yang berlaku kesilapan apabila pembantu juruterbang 1 dan pembantu juruterbang 2 membuat keputusan-keputusan tertentu yang menyebabkan keadaan lebih buruk untuk pesawat tersebut selepas mod autopilot dinyahaktifkan. Semasa itu juruterbang sedang berehat dalam masa yang diperuntukkan kepada beliau. Kesemua yang berada dalam kokpit hanya menyedari pesawat itu akan terhempas 10 saat sebelum ia berlaku.

2003: Boeing 727

11 tahun lepas, sebuah pesawat Boeing 727 hilang di ibu kota Luanda, Angolan.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Quatro de Fevereiro pada 25 Mei 2003 untuk ke Burkina Faso. Ia berlepas dengan lampu yang tidak menyala dan transponder yang tidak berfungsi.

Ada beberapa laporan yang bercanggah tentang jumlah penumpang dalam pesawat, tetapi jurutera Ben Charles Padilla dipercayai berada dalam pesawat tersebut. Sesetengah laporan mendakwa dia terbang seorang diri, manakala beberapa laporan lain memberitahu terdapat tiga orang dalam pesawat itu.

Tidak ada apa-apa khabar berita tentang apa yang telah terjadi kepada pesawat itu selepas itu. Lokasinya tidak diketahui hingga ke hari ini.

Wakil media mengambil gambar apa yang berkemungkinan serpihan pesawat penerbangan 990 Egypt Air di Nantucket, Massachusetts pada November 1999.

1999: EgyptAir Penerbangan 990

15 tahun dulu, penerbangan 990 EgyptAir terjunam, pada jarak 14,000 kaki dalam masa 36 saat.

Jet 767 itu dalam perjalanan dari Kaherah ke bandaraya New York, terhempas ke Lautan Atlantik berdekatan pantai Massachusetts.

Walaupun serpihannya ditemui, masih terdapat spekulasi tentang punca sebenar kejadian tersebut, yang menyebabkan 217 orang yang menaiki pesawat itu pada Oktober 1999 terbunuh.

Pelbagai teori termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang membunuh diri, juga terdapat kisah yang tidak dapat diakui kesahihannya tentang pertengkaran untuk mengawal pesawat di kokpit antara juruterbang dan pembantunya. Mesir pula memberitahu ia kerana kegagalan mekanikal.
Bahagian sayap Penerbangan 800 TWA terapung di Lautan Atlantik berdekatan Long Island, New York pada Julai 1996.

1996: Penerbangan 800 TWA

Pesawat yang dalam perjalanan ke Paris meletup di udara sejurus selepas berlepas di bandaraya New York, dan menyebabkan kesemua 230 orang dalam pesawat terbunuh.

Saksi mendakwa mereka menyaksikan lingkaran cahaya dan bola api, menyebabkan ada yang curiga bahawa pesawat itu dibedil oleh pengganas dengan roket. Ada yang mendakwa peluru berpandu dan meteor.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) memutuskan yang letupan tersebut ialah disebabkan litar pintas elektrik yang meletupkan tangki bahan api dan seterusnya memusnahkan pesawat tersebut sehingga menjadi cebisan kecil di perairan Long Island.

Walaupun diberi penerangan sebegitu, masih wujud teori konspirasi tentang pembabitan kerajaan dalam insiden tersebut.

1947: British Stardust

67 tahun lepas, sebuah pesawat British lenyap di banjaran Andes setelah berlepas dari Buenos Aires ke Chile.

Setelah pencarian pesawat yang diberi nama Stardust itu tidak berhasil selama 50 tahun, teori konspirasi mula muncul, antaranya tentang makhluk asing, dan semua ini terbukti tidak benar apabila bangkai pesawat itu ditemui tertanam dalam bongkah glasier. Kejadian itu berlaku pada 2 Ogos 1947 dan membunuh 11 orang dalam pesawat, seperti laporan BBC.

Mesej terakhir dari Stardust dalam bentuk kod Morse ialah perkataan ‘STENDEC’. Walaupun setelah beberapa dekad, maksud perkataan tersebut masih misteri.
Anggota tentera laut bergambar di harapan Penerbangan 19 yang lenyap pada tahun 1945.

1945: Para tentera laut pengebom di Penerbangan 19 (Segitiga Bermuda)

Penerbangan 19 tidak merujuk kepada satu pesawat, sebaliknya lima orang tentera laut pengebom yang hilang di pantai Florida pada 5 Disember 1945.

Seorang jurulatih penerbangan memandu pesawat itu, yang turut membawa juruterbang-juruterbang berkelayakan dalam penerbangan selama 350 hingga 400 jam, menurut Sejarah Tentera Laut dan Arahan Warisan US.

Transmisi radio menunjukkan yang jurulatih itu sesat kerana kompas tidak berfungsi. Hubungan radio juga putus sebelum masalah yang sebenar dikenal pasti, dan kehilangan pesawat tersebut tidak meninggalkan sebarang jejak.

Menambah misteri, pesawat yang ditugaskan untuk mencari Penerbangan 19 juga hilang lenyap. Pesawat patrol itu, yang berlepas keesokan harinya, tidak pernah dilihat atau didengar lagi.

Penerbangan 19 dilaporkan kali terakhir berada di satu kawasan yang secara tidak rasmi dikenali sebagai Segitiga Bermuda.
Pesawat P-40 Kittyhawk tentera udara diraja British di gurun Sahara. Pesawat itu terhempas pada 28 Jun 1942 dan ditemui pada 2012

1942: Jet Pejuang British

Sebuah pesawat pejuang tentera udara diraja British terhempas di kasawan gurun Sahara Mesir pada 29 Jun 1942.

Tidak ada sebarang berita didengari tentang juruterbang pesawat itu selepas itu, dan pesawat P-40 Kittyhawk yang dipandunya dianggap hilang buat selamanya.

Bagaimanapun, dua tahun lepas, seorang pekerja syarikat minyak menemui bangkai pesawat itu. Apa yang mengejutkan, pesawat itu ditemui dalam keadaan baik, dengan keadaan sayap, ekor dan instrumen kokpit masih terbina.

Di masa itu, menurut pakar, pesawat terbang dengan kelengkapan yang sangat asas, jadi peluang untuk juruterbang untuk terselamat ialah tipis.
Dalam sebuah gambar yang diambil pada tahun 1930-an, Amelia Earheart melihat keluar menerusi tingkap kokpit pesawatnya.

1937: Amelia Earhart

Kehilangan Amelia Earheart berkemungkinan merupakan misteri paling terkenal kehilangan pesawat yang tidak dapat diselesaikan.

Juruterbang yang mencipta sejarah itu berada dalam penerbangan yang paling bercita-cita tinggi untuknya, iaitu untuk menjadi wanita pertama terbang mengelilingi dunia.

Pada tahun 1937, dia terbang dengan pesawat miliknya Lockheed Elektra, yang mempunyai enjin berkembar. Dengan baki penerbangan sejauh 7, 000 batu, dia cuba mendarat di Pulau Howland di tengah lautan Pasifik.

Menurut biografi Earheart, transmisi radio beliau menjadi tidak jelas di situ, dan laporan terakhir yang dibuat olehnya ialah, “kami terbang utara dan selatan”.

Setelah menbelanjakan USD 4 juta dan pencarian sejauh 250, 000 batu persegi di lautan pasifik, Amerika Syarikat membatalkan pencarian.

Pelbagai teori wujud hari ini tentang kehilangannya, namun nasibnya dan pemandu arah yang terbang bersamanya, Fred Noonan, tidak diketahui.

Laporan asal: CNN

View the original article here

Read more...

Thursday, March 20, 2014

Petanda : Nelayan Jumpa Objek Yang Mungkin Berkaitan MH370



PORT DICKSON: Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, tengah hari semalam. 

Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah Hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat. 

Katanya, dia yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 bersama tiga rakan lain, tertarik untuk mendapatkan objek berkenaan. 

"Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya semalam. 


Contoh rakit keselamatan Boeing. Sumber Google Image

Dia yang keluar menangkap ikan jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam tadi memaklumkan penemuan itu kepada BH pagi ini. 

Katanya, penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370. 

"Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan ‘boarding’ pada objek itu,” katanya. 
Beliau berkata, sejurus bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka menyambung kerja menangkap ikan. 

Jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian. 

Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM. -Berita Harian/Pic: Harian Metro




View the original article here

Read more...

PM SAHKAN TITIK MISTERI MUNCUL DALAM RADAR TUDM ADALAH MILIK PESAWAT MH370



Dalam sidang media hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan titik misteri yang dikesan dalam radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di sekitar ruang udara Malaysia sebelum hilang disahkan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang sabtu lalu.

Pengesahan itu dibuat berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh dari penyedia data servis satelit dari pihak-pihak terlibat seperti FAA, NTSB, AAIB serta pihak berkuasa Malaysia.

Sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Najib mendedahkan pesawat MH370 terus terbang ketika signal terakhir diterima dari menara kawalan. Pesawat MH370 juga disahkan melakukan Air Turn Back ketika di lokasi terakhir tersebut.

Alat komunikasi ACARS pesawat juga telah ditutup sebelum melintasi pantai timur semenanjung Malaysia. Komunikasi terakhir antara pesawat dengan satelit adalah pada jam 8.11 pagi pada 8 Mac 2014. Namun lokasi terakhirnya tidak dapat dikesan.

Kini pencarian SAR di Laut China Selatan dihentikan dan pencarian SAR terbaru tertumpu di dua koridor Utara Thailand ke sempadan Kazastan dan koridor selatan sempadan Indonesia ke Selatan Laut India.

Mengenai laporan kemungkinan pesawat MH370 dirampas oleh pengganas, Najib menjelaskan pihak berkuasa masih menyiasat kemungkinan berkenaan

View the original article here

Read more...

Pilot Malaysia rancang rampas pesawat - Saksi

Informer Al-Qaeda dedah plot rampas pesawat 


saksi

Pendedahan pemberi maklumat Al-Qaeda bahawa dia pernah bertemu dengan pengganas Malaysia berhubung rancangan merampas pesawat menimbulkan kebimbangan sama ada ia berkaitan dengan kehilangan MH370. 
Informer kelahiran British itu Saajid Muhammad Badat (kanan) membuat dakwaan itu di Mahkamah New York. 

Ia berkata demikian ketika memberi keterangan melalui pautan video dalam perbicaraan kes Sulaiman Abu Ghaith, menantu Osama Laden, menurut Sunday Telegraph, United Kingdom. 



Ketika memberi keterangan, Saajid berjata, lima lelaki Malaysia merancang mengawal pesawat menggunakan bom tersembunyi dalam kasut untuk meletupkan pintu kokpit. 

Katanya, beliau ada bertemu dengan rakyat Malaysia itu, salah seorangnya juruterbang, di Afghanistan dan kasut bom itu diberikan pada mereka. 

- sumber : malaysiakini

View the original article here

Read more...

SERIUS - BAPA BUNUH ANAK DAN KEKASIH KERANA MEREKA ADALAH LESBIAN

Di Houston Texas seorang bapa kini ditahan dan menjadi suspek utama kes pembunuhan melibatkan dua individu yang mayatkany ditemui di dalam sebuah tong sampah. James Larry Cosby (46) dipercayai membunuh anak beliau Britney Cosby dan pasangan beliau Crystal Jackson kedua-duanya berumur 24 tahun. Mayat pasangan lesbian ini ditemui di dalam sebuah tong sampah hujung minggu lalu. James Larry Cosby menjadi suspek utama setelah ibu kepada Britney memberitahu polis James kerap kali mengatakan beliau tidak suka dengan hubugan sejenis anak mereka. Polis menemui bukti bahawa pembunuhan dilakukan di rumah James Larry. Beliau kini ditahan di penjara dan USD 500 000 dikenakan bagi mengikat jamin beliau sebelum kes dibicarakan di mahkamah. Britney ditemui dengan kesan hentakan pada kepala manakala Crystal Jackson mati akibat ditembak di kepala. 



View the original article here

Read more...

SERIUS : Rozita Che Wan Sah Berbadan Dua

SHAH ALAM - Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengesahkan dirinya kini berbadan dua.


Berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya, telah mengesahkan bahawa dirinya sudah hamil selepas hampir tiga bulan melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya, Zain Saidin.

Menerusi laman sosial itu juga, Che Ta telah berkongsi foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif dengan status yang berbunyi:

"Alhamdulillah.. Syukur dengan nikmatMU ya ALLAH.. Amin."

Perkongsian tersebut telah menarik ramai pelayar Instagram untuk mengucapkan tahniah kepada Che Ta dan Zain. 

Zain dan Che Ta telah bernikah pada 12 Disember tahun lalu.

View the original article here

Read more...

Wednesday, March 19, 2014

Sempat Meloloskan Diri — Nora Danish Sambut Hari Lahir Di Kelab Haram?

Episod terbaru program 999 yang disiarkan di TV3 beberapa hari lalu ada menyiarkan satu kisah serbuan pihak berkuasa yang dilakukan ke atas sebuah premis hiburan tidak berlesen di Bandar Utama, Selangor — dan bukan kisah jenayah yang ingin kami paparkan.


Wartawan 999 yang mengikuti pihak berkuasa tempatan ketika itu mendakwa ada seorang selebriti tempatan yang turut sama hadir ke pusat hiburan itu dipercayai untuk menyambut ulangtahun kelahiran beliau bersama rakan rakan.

Wartawan tersebut menunjukkan beberapa keping kad jemputan ke majlis artis tersebut yang menyerupai kad jemputan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish baru baru ini — yang beliau kirimkan sendiri gambarnya ke Instagram.

Menurut laporan itu juga, selebriti yang didakwa menyewa bilik khas bernilai RM5,000 itu sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa tiba dan tidak tahu sejauh mana benarnya — atau majlis sambutan beliau sudah tamat sebelum pihak berkuasa tiba.

Tonton sedutan video di atas yang kami ‘pinjam’ dari portal video Tonton & berikut beberapa keping gambar sekitar majlis sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish yang dianjurkan baru baru ini. Happy birthday Nora Danish & kita enjoice!

View the original article here

Read more...

SERIUS : Popoye Versi Realiti (7 Gambar)

Arlindo de Souza dari Brazil ini telah menyuntik satu bahan kimia campuran minyak dan alkohol ke dalam tangannya. Walaupun dia tahu yang ini mungkin memberi penyakit yang pelbagai atau maut tetapi dia masih ingin kelihatan sebegini. 



View the original article here

Read more...

TERKINI: 8 GAMBAR MISI MENCARI DAN MENYELAMAT #MH370 DARI VIETNAM!



4am 9/3, followed two forces helicopter was up and moving from the police to the airport Mau Mau.


Colonel Tran Van Quang - 917 Regiment regiment commander - said fuel sufficient to fly helicopters every 4 hours go and back.


According to Quang, a doctor on a helicopter and parachute forces, ready to jump into the sea to rescue target detection.


Check each device carried in a helicopter


2 Mi-171 helicopters of Air Force Regiment 719 (of 370 Division Air Force) taking off from the airport in Can Tho airport had been Mau at 8/3 in order to shorten the distance to where the suspect is believed to be Malaysian plane crashed, the Ca Mau approximately 120 nautical miles.


and everything is ready.


The fuel vehicles to run to fill the two helicopters.

View the original article here

Read more...

PERUBAHAN GADIS YANG INGIN MENJADI PENARI BALLET

type='html'>
Gadis ini telah mengurangkan berat badanya dari 70kg kepada 30kg, malangnya impian beliau berkecai kerana mendapat aneroxia


''


'

View the original article here

Read more...

Tuesday, March 18, 2014

Tun M Bidas Media Luar Tentang Isu MH370



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata media antarabangsa tidak sepatutnya mengkritik Malaysia dan syarikat penerbangan nasionalnya berhubung cara mereka menangani kehilangan pesawat penerbangan MH370.

“Memang mudah untuk mengkritik tetapi kita menghadapi satu keadaan yang tidak pernah dialami oleh mana-mana negara di dunia.

“Jika anda kata Malaysia gagal (menangani kehilangan pesawat ini), itu bermakna Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Singapura dan negara-negara lain (yang membantu usaha mencari dan menyelamat) juga gagal, kenapa anda tidak menyalahkan mereka juga,” katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel dalam program Siri Bicara Profesional bersama Tun Dr Mahathir di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Pesawat Boeing 777-200ER yang sedang dalam penerbangan ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata misi mencari dan menyelamat pesawat itu dikendalikan dengan baik oleh pihak berkuasa Malaysia.

Dr Mahathir berkata beliau telah melawat anggota keluarga penumpang penerbangan itu dan keperluan mereka dijaga dengan baik oleh Malaysia Airlines, kerana mereka juga memenuhi permintaan untuk menjaga sehingga lima orang bagi setiap keluarga.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengadakan sebarang teori berhubung operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu kerana ia tidak membantu keadaan.

“Dapatkan fakta dan jangan kita suka membuat teori, ia tidak membantu sesiapapun,” katanya.

View the original article here

Read more...

Sunday, March 16, 2014

"I am ready" - KJ sahut cabaran tamparan macam buaya "Raja Bomoh"

Gempar hari ini apabila Raja Bomoh Sedunia, Ibrahim Mat Zin mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana dianggap sebagai biadap dan kurang ajar.

Khairy di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan dan berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

Akibat berang dengan kata-kata Khairy, Ibrahim Mat Zin mengugut mahu mengambil tindakan saman RM100 Juta sekiranya KJ berterusan menjatuhkan maruahnya. Malah dia secara terang-terangan mengajak KJ untuk berlawan secara bersemuka.

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu." Tegas Ibrahim Mat Zin.

Namun, melalui akaun Twitter, KJ dilihat tidak gentar dengan cabaran itu dan bersedia untuk ditampar macam buaya. Malah beliau turut memuatnaik gambar dan status seolah-olah memperlekeh cabaran Ibrahim Mat Zin.



"I AM READY" Kata Khairy Jamaluddin


Apakah respon daripada Raja Bomoh mengenai jawapan KJ? Melalaui Video yang tersebar, jelas menunjukkan riak wajah Ibrahim Mat Zin yang berang dan bersungguh-sungguh mahu mencabar Ketua Pemuda UMNO itu. - Tengok TV Online


Lagi Tweet dan Gambar di Twitter KJ:




View the original article here

Read more...

[SERIUS] Pesawat MH370 sah dirampas - Laporan AP Sensasi



Penerbangan Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, menurut laporan berita.

Menurut laporan Associated Press hari ini, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan bukan lagi hanya teori : "Ia adalah muktamad ," membaca laporan itu.

Pegawai yang terlibat dalam penyiasatan itu dilaporkan berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman penerbangan telah merampas pesawat yang hilang.

Walau bagaimanapun, motif rampasan itu belum dapat dipastikan. Ia masih tidak jelas ke mana pesawat itu telah dibawa.

Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar yang dijadual pada 1.30 petang ini. (Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak akan menghadiri Sidang Akhbar tersebut)

-AP/Mkini

View the original article here

Read more...

8 GAMBAR KEMUSNAHAN TERUK AKIBAT LETUPAN BESAR DI SERIAN, SARAWAK

Satu kejadian letupan kuat menggemparkan bandar Serian, kira-kira 60 kilometer dari sini pada petang Jumaat.


Letupan itu menyebabkan banyak kaca di premis perniagaan pecah termasuk sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan letupan. 

Ia turut menyebabkan beberapa tiang elektrik tumbang dan memusnahkan beberapa kenderaan.

Menurut laporan tidak disahkan berkata, letupan itu berlaku dalam kejadian kebakaran sebuah kilang pemprosesan asetilena pada pukul 3 petang.

Seramai lapan pekerja di kilang itu dikatakan cedera dan sedang dirawat di Hospital daerah Serian. 

Difahamkan ada yang masih terperangkap di bawah runtuhan dan anggota bomba sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka. - mStar Online









View the original article here

Read more...