Tuesday, May 13, 2014

Tahukah Anda Hubungan Wanita Ini Dengan Kapten MH370 Zaharie Shah ?

Biodata Aishah Zaharie Anak Perempuan Kapten MH370


Anak perempuan kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini menetap di Austalia pulang ke Malaysia demi menanti kepulangan ayahnya yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Menurut Aishah, dia menyifatkan Kapten Zaharie sebagai seorang bapa yang penyayang, jujur, mengambil berat dan bertanggungjawab. Tambahnya lagi, dia turut kecewa dengan media antarabangsa yang melemparkan pelbagai spekulasi terhadap bapanya mengenai kehilangan pesawat MH370.


Nama Penuh: Aishah Binti Zaharie Ahmad Shah

Umur: 27 Tahun

Warganegara: Malaysia

Asal: Shah Alam Selangor

Alamat Terkini: Melbourne, Australia

Pendidikan: Deakin University (2010), International Islamic University Malaysia, SMK Subang Jaya (2000)

Bidang: Arkitek

Pencapaian: Master Bidang Arkitek Deakin University 2012




View the original article here

Read more...

Sunday, May 11, 2014

Mungkinkah Tentera Menyembunyikan Fakta Mengenai Situasi MH370 ?

Pakar penerbangan tidak menolak kemungkinan berlakunya penyembunyian fakta oleh pihak tentera di Asia selepas tentera Thailand mengambil masa 10 hari untuk melaporkan paparan radar mereka yang berkemungkinan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih belum ditemui.


David Learmount berkata, beberapa negara berkemungkinan menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka, lapor MailOnline.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang media di Hotel Sama-Sama pada 15 Mac.


Pakar penerbangan kini mengatakan beberapa negara yang terlibat dalam pencarian MH370 mungkin menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka.

Portal berita Britain di bawah Daily Mail itu memetik kenyataan Learmount dalam blognya: “Mungkin negara-negara seperti Malaysia tidak seperti yang digembar-gemburkan.

“Dan mungkin juga seluruh dunia mengetahuinya,” katanya merujuk kepada Tentera Udara Malaysia yang hanya mendedahkan radar mereka mengesan pesawat berkenaan beberapa hari selepas kehilangannya.



Learmount, bekas juruterbang dan kini pengarang operasi dan keselamatan portal Flightglobal, berkata MH370 berkemungkinan terbang melintasi beberapa negara Asean termasuk Thailand, Burma, China, Bangladesh, India, Pakistan, Turkmenistan dan Afghanistan

View the original article here

Read more...

Friday, May 2, 2014

Sedih Bila Tahu Juruterbang MH370 Menerima Ugutan Sebelum Menerbangkan Pesawat

KUALA LUMPUR - Menurut sumber, skop siasatan itu akan diperluaskan termasuk menyiasat telefon bimbit, pesanan e-mel, laman sosial serta alat telekomunikasi lain dimiliki dua juruterbang pesawat MH370 yang memungkinkan mereka diugut sebelum menerbangkan pesawat itu.


Elemen ugutan yang mungkin diterima dua juruterbang pesawat MH370 sebelum menaiki pesawat turut menjadi skop siasatan terbaru pihak berkuasa berdasarkan pelbagai maklumat dikumpul setakat ini.

Sumber berkata, pihak berkuasa turut menjalankan siasatan ke atas ahli keluarga terdekat kedua-dua juruterbang terbabit bagi mendapatkan lebih maklumat.

“Elemen ugutan ini masih dalam siasatan dan usaha mendapatkan lebih banyak petunjuk baru sedang dilakukan.

“Sekiranya perlu, kita akan periksa juga telefon bimbit milik ahli keluarga juruterbang terbabit dan alat telekomunikasi lain yang memungkinkan terdapat unsur ugutan dan ancaman diterima,” katanya.

Beliau berkata, siasatan bagaimanapun masih di peringkat awal untuk mengenal pasti motif sebenar mengapa pesawat yang dijadualkan tiba di Beijing, China itu mengubah haluannya

View the original article here

Read more...

Thursday, May 1, 2014

WANITA 35 TAHUN INI PUNYA WAJAH COMEL SEPERTI REMAJA

type='html'>

Seorang wanita telah membuat netizen heboh di China dengan wajahnya yang comel seperti budak sekolah rendah.

Wanita dengan akaun bernama z66I ini mulanya memuat selca miliknya di Weibo , website popular China yang mirip Twitter . Wajahnya yang cantik membuat netizen mengira bahawa dia adalah remaja atau murid sekolah. Namun tak berapalama kemudian , para netizen terkejut setelah mengetahui bahawa wanita ini lahir pada tahun 1979 .



Netizen yang tak percaya kemudian mengira bahawa wajah muda wanita berusia 35 tahun ini mungkin kerana faktor pengambilan gambar dan cahaya . Namun setelah ditelusuri ke galeri fotonya terlihat bahawa wajah comelnya itu ternyata benar - benar asli . Postur tubuhnya juga kecil seperti murid sekolah rendah.


" Aku tak percaya , bukankah dia berumur 12 tahun ? " komen seorang netter . " Dia benar - benar cantik seperti seorang pari-pari , aku ingin jadi teman wanitanya , " puji netter lain .


Ada juga para netter yang menghina wanita ini . Mereka mengatakan wanita ini melakukan operasi plastik pada wajahnya sehingga kelihatan awet muda . 


" Ini sesuatu yang sukar dipercayai , sepertinya dia melakukan operasi plastik pada wajahnya , " ujar seorang netter .

View the original article here

Read more...